TEMA 1 : SISTEM BUMI
1. Huraikan dua jenis tenaga dalam sistem bumi. [5]
2. Huraikan peranan tenaga dalam mewujudkan proses kitaran hidrologi. [10]
3. Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap pelbagai aktiviti manusia di kawasan tropika lembap. [10]
4. Huraikan konsep sistem bumi. [5]
5. Nyatakan komponen-komponen yang terdapat dalam persekitaran fizikal. [8]
6. Huraikan tiga jenis sistem bumi. [12]
7. Pada musim tertentu sesetengah kawasan di dunia mengalami waktu siang yang lebih panjang daripada waktu malam.’ Bincangkan pernyataan ini. [12]
8. Jelaskan kepentingan tenaga terhadap kegiatan pertanian di kawasan tropika lembap. [13]
9. Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria? [4]
10. Huraikan empat sebab mengapa bumi mengalami empat musim yang berbeza. [12]
11. Jelaskan tiga kesan peredaran bumi terhadap habitat haiwan. [9]
12. Huraikan perbezaan jangka masa antara siang dan malam di kawasan latitud yang berbeza semasa solstis musim sejuk di hemisfera utara. [10]
13. Jelaskan kesan penerimaan intensiti bahang suria yang rendah semasa solstis musim sejuk terhadap aktiviti manusia di kawasan beriklim sederhana. [12]
JAWAPAN AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
jawapan mana dapat??^^
ReplyDeletemana nak dapat jawapannya ?
ReplyDelete