TEMA 2: SISTEM GEOMORFOLOGI
1. Nyatakan tiga jenis batuan yang membentuk konfigurasi bentuk bumi. [3]
2. Huraikan proses pembentukan tiga jenis batuan tersebut. [12]
3. Huraikan kepentingan pelbagai jenis batuan terhadap kehidupan manusia. [10]
4. Jelaskan proses endogenik dalam sistem geomorfologi. [5]
5. Huraikan bagaimana proses lipatan kerak bumi berlaku. [10]
6. Terangkan kewujudan pelbagai bentuk muka bumi di kawasan gunung berapi. [10]
7. Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua. [5]
8. Huraikan mengapa berlaku hanyutan benua. [10]
9. Jelaskan lima kesan hanyutan benua terhadap konfigurasi muka bumi. [10]
10. Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa biologi? [3]
11. Huraikan bagaimana luluhawa biologi bertindak memecah dan menguraikan batuan. [12]
12. Jelaskan faktor-faktor yang mengawal jenis dan kadar luluhawa batuan. [10]
13. Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal.[6]
14. Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. [7]
15. Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah untuk mengatasinya.[12]
16. Nyatakan hakisan sungai. [5]
17. Dengan memberi contoh kepada tiga bentuk muka bumi hasil tindakan sungai, terangkan proses pembentukannya. [12]
18. Jelaskan empat kepentingan bentuk muka bumi hasil tindakan dan pemendapan sungai terhadap kegiatan manusia. [8]
19. Apakah yang dimaksudkan dengan lembangan saliran ? [5]
20. Nyatakan empat cara hakisan sungai berlaku. [4]
21. Bezakan antara hakisan galur dan hakisan galir. [4]
22. Huraikan empat faktor yang mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai [12]
23. Nyatakan lima cara pengangkutan beban sungai. [5]
24. Huraikan proses pembentukan tiga bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai. [10]
25. Jelaskan tiga pengaruh bentuk muka bumi hasil pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia. [10]
26. Apakah yang dimaksudkan dengan profil seimbang? [5]
27. Jelaskan faktor yang menghalang pembentukan profil pantai seimbang. [10]
28. Jelaskan kesan profil pantai tidak seimbang terhadap aktiviti manusia. [10]
29. Jelaskan pengaruh proses geomorfologi terhadap:
i. Aktiviti pertanian. [8]
ii. Aktiviti pelancongan [9]
30. Terangkan empat kepentingan kawasan tanah tinggi kepada manusia. [8]
31. Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan saliran? [5]
JAWAPAN AKAN DIBERIKAN KEMUDIAN
ja
No comments:
Post a Comment